Jalan Keliling Dunia!

Mendaki Gunung!

PAHANGtravel

Lata Berkelah - Gambang, Pahang

Video Canon 70D : View Tingkat 7 Berkelah Waterfall

Maklumat Perjalanan : 
  • Ketinggian: Air Terjun Berkelah terdapat 7 tingkat. Tingkat ke 7 ketinggiannya 50 meter
  • Lokasi : Berdekatan dengan Maran, Kuantan & Gambang (Pahang)
  • Boleh buat balik hari (day trip) perjalanan
  • GPS Coordinate :  3°45'13.31"N, 102°58'47.5"E (Tingkat 7)

Bagaimana ke sana :
  • Daripada KL > LPT > Exit 827, Sri Jaya > Kampung Bandar Dalam - Karak
  • Ikut laluan ke Kuantan
  • Point ke Masjid Kampung Gelugor. Google Maps : https://goo.gl/maps/AtszAWZ3qcK2
  • Sebelah masjid banyak kedai makan. Saya parking kereta kat kedai pic bawah
  • Boleh minta nombor 4x4 or Van untuk hantar ke pintu masuk Hutan Lipur
  • Kene buat appointment balik juga (set pukul berapa? pagi? t/hari? ptg or mlm?)
  • Line mobile coverage memang tada ada langsung
Google Maps Image : Kedai makan tempat parking kereta (sebelah belakang kedai)

Ini sebenarnya adalah trip pertama Kili & kawan² ke Lata selepas berakhirnya tawan Gunung Kinabalu. Semangat untuk hiking dan barang² hiking pun masih lagi ok, jadi kita orang tubuhkan sendiri team untuk hiking lata pula .. 


Untuk pengetahuan semua, “nama Berkelah” berasal daripada wujudnya Ikan Kelah dengan banyakanya di sungai ini pada ketika dahulu. Sekarang, habitat ini semua dah pupus

Jom kita tinjau perjalanan ke Lata Berkelah :

Canon 70D : Pergi dengan Van Lori,  balik pula dengan 4x4
Kita orang pergi dengan Van Lori jer, balik dengan 4x4. Dia pun hantar kita org sampai ke jambatan jer pasal runtuh. Tapi bila baca blog sebelah, jambatan tu dah baik pulih. Jalan raya pun semua rosak teruk kecuali selepas jambatan. 

Jarak tempat kedai tadi dengan jambatan dalam 4km juga. 

Canon 70D : Berjalan kaki ke pintu masuk Hutan Lipur


Canon 70D : Penat juga jauh berjalan ni


Canon 70D : 1st time buat trip sendiri. Pakaian apa² entah


Canon 70D : View kat pintu masuk


Canon 70D : Kaki bukit pun dah cantik


Canon 70D : Kami membacakan doa sebelum perjalanan
Jap jap jap .. seingat Kili kan, ini lah pertama kali baca doa sebelum hiking, .. lepas tu next trip trip trip langsung x de dah .. hahaha .. yang penting masa travel, kene jaga tingkah laku, cakap perkara yang sopan jer pasal dalam hutan bukan kita sahaja punya.


Canon 70D : Perjalanan agak panas pasal dah bergerak lewat sebenarnya


Canon 70D : Kawasan batuan. Memang macam ni lah antara jalan yang perlu ditempuhi


Canon 70D : Akar kayu pun nampak cantik


Canon 70D : Tingkat 1


Canon 70D : Rupanya ada orang mandi kat sini juga kot


Canon 70D : Kita orang berehat sebentar
Rasanya Tingkat 2 & 3 sangat banyak sampah. Sebab tu perasan, banyak pic skip .. harap ada la sesiapa yang tengah baca, boleh buat rescue untuk kutip sampah sarap tu. Hargailah & hayatilah keindahan alam kita


Canon 70D : View dari atas


Canon 70D : Masih kepanasan kerana bahang matahari dan batuan


Canon 70D : Mendaki ke puncak


Canon 70D : View air pun dah cukup nyaman layan panas


Canon 70D : Masih mendaki merentasi batuan


Canon 70D : Mintak tak jatuh kebawah. Ambik gambar pun zoom jer .. 


Canon 70D : View dari atas


Canon 70D : Antara kawasan yang dilalui. Sebenarnya ada je jalan lain, tapi saje .. 


Canon 70D : Canti kan viewnya. Kili cuma fikir, ada ikan besar x tu? 


Canon 70D : View bahagian belakang


Canon 70D : Kawasan curam


Canon 70D : Banyak kawasan bahaya dah curam


Canon 70D : Kili memang suka keindahan alam semester


Canon 70D : Berehat sekejap lepaskan lelah


Canon 70D : Masih teruskan perjalanan ke puncak


Canon 70D : Dan akhirnya sampai 


Canon 70D : Papan tanda amaran


Canon 70D : Pulang pun waktu yang dijanjikan


Canon 70D : Inilah waterfall setakat ini Kili jumpa yang paling tinggi dan terbesar .. giler

2 comments:

  1. Assalamualaikum..nak tanya kalau pergi konvoi motor ke sana agak2 selamat x motor parking sana

    ReplyDelete
  2. Salam nak tanya, boleh share contact number 4x4 utk transport ke atas?

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib