Jalan Keliling Dunia!

Mendaki Gunung!

PAHANGtravel

Lata Hammer, Bentong, Pahang


Canon 70D : View Lata Hammer

Google Map simpang ke Lata Hammer. Guna Link di bawah untuk direction ke persimpangan 
Google Map simpang ke Lata Hammer

Tempoh Perjalanan : 30 minit

Tiket Masuk : RM (Free)
Tiket Parking : Tiada

Trip lepas Raya 2016 kali ini, kami ke Lata Hammer, Bentong, Pahang.

Pertama kali bertandang ke lata ni agak sesat juga pasal mmg tiada signboard ke lokasi. Berikut saya attach gambar yang boleh dijadikan panduan ke destinasi :

1. Ikut Google Map (link di atas ke simpang jalan). Terus masuk ke jalan batu-batu (semua kenderaan tiada masalah guna jalan ni)

2. Belok ke kanan selepas nampak signboard kuning

Asus Zenfone 2 : Nampak signboard kuning, belok ke kanan

3. Pastikan anda jumpa jambatan yang ke dua merentasi sungai

Asus Zenfone 2 : Jambatan ke dua
4. Anda akan jumpa satu kebun yang berbatu seperti ini. Ini memang view pintu depan. Ikut je laluan sepanjang pagar batu ni ke arah kiri

Asus Zenfone 2 : Pintu pagar utama sebuah kebun. Ikut je laluan pagar kebun ni

Asus Zenfone 2 : Laluan ikut pagar batu bata tadi
5. Sehingga berjumpa kawasan berpagar yang ditulis Perting Valley. Nampak x? Ini adalah kawasan yang sesuai untuk aktiviti Teambuilding

Asus Zenfone 2 : Kem SOS

6. Sebelah depan Perting Valley Resort (Kem SOS - Success Outdoor Solution) pula adalah laluan ke lata tadi .. seperti jalan persendirian juga kerana berpagar. Masuk je ..

Asus Zenfone 2 : Laluan ke Lata Hammer
7. Pintu masuk kebun yang terakhir ke Lata Hammer

Asus Zenfone 2 : Pintu masuk salah satu kebun ke Lata Hammer
8. Jalan baru ke Lata Hammer. Ikut arah (sebelah kiri menuruni bukit) Asalnya dulu dia orang kata ikut jalan yang lurus sahaja tapi owner tanah tak benarkan lagi laluan. Sebab tu ada jalan baru. Jarak dengan Pintu masuk tadi cuma dalam 500 meter jer
Asus Zenfone 2 : Siap ada orang pasang signboard lagi.Bagusnyer!!

Asus Zenfone 2 : Laluan ke Lata Hammer



9. Laluan baru ke Lata Hammer

Asus Zenfone 2 : Laluan menuruni bukit. Siap ada tangga buatan lagi
10. Jambatan buatan merentasi laluan air. Rasanya ini mungkin laluan sementara sahaja. Jika ada air bah .. pasti lata berubah .. hahaha .. valid kot ..

Asus Zenfone 2 : Laluan bridge ke Lata
11. Selepas merentasi jambatan, belok ke kanan

Asus Zenfone 2 : Laluan 4 x 4 ke Lata
12. Hanya mengambil masa 30 minit perjalanan, akhirnya dah sampai ke Lata Hammer .. sigh .. cepat sangat ..

Asus Zenfone 2 : Sampaiii .. 
Cuma kat sini, nak pergi ke Lata Hammer, kene turun curam .. agak curam juga, tapi banyak pokok untuk berpaut! layan jer ..

Canon 70D : View Lata Hammer

19 comments:

  1. dari jambatan tu nak masuk ke dalam yang katanya kena pakai 4x4 tu jauh ke kalau nak jalan kaki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan kaki 15 minit dah sampai ke Lata Hammer .. jalan besar sangat ..

      Delete
  2. Bro. Jalan ke lata rata x? Ada curam2?

    ReplyDelete
  3. Sepanjang perjalanan x de jln curam, cuma sampai je lokasi (pic saya yang last ada signboard Lata), itu je curam nak turun ke bawah.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Boleh parking Pintu masuk salah satu kebun ke Lata Hammer (tengok pic yang ada buluh kiri & kanan pintu pagar)

      Delete
  5. Hello Kili Ng,

    Terima kasih atas panduan yang teliti ini. Ada beberapa soalan nak tanya tentang perjalanan ke situ kerana banyak blog lain mengguna jalan yang lain yang memerlukan kreta 4X4.

    1) Sampai mana anda memandu sebelum anda berjalan kaki? Gambar kat nombor 8 ataupun sejak jambatan kedua? Jalannya sesuai dan senang tak hingga tempat parkir?
    2) Perlu meminta izin daripada sesiapa tak untuk melalui jalan ini?
    3) Perlu membawa parang untuk clear jalan tak?

    Harap anda boleh tolong.
    Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply, ..

      1. Memandu sehingga Gambar No 8 sehingga berjumpa pagar Pintu Masuk ke Kebun. Jalan masa saya pergi agak senang. Lagi pun, saya naik kete Waja jer .. ada beberapa buah lagi kereta parking tempat yang sama (MYVI & kereta PROTON yg lain). Boleh jer parkir di mana-mana asalkan jangan blocking jalan

      2. Tidak perlu

      3. Tidak perlu kerana jalan nya sangat clear .. Lata Hammer rasanya di penghujung hayat. Baik pergi cepat

      Delete
  6. Thank you. We used your direction to find our way to Lata Hammer. It was perfect.

    ReplyDelete
  7. Salam tuan terima kasoh atas informasi. Saya nak tanya selamat ke parking di sana? Ada kemungkinan tak berlaku kecurian kereta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, Insyallah .. selamat pasal jauh daripada semua penduduk belantara yang ada. Saya parking betul² depan Kem SOS (tengok pic atas)

      Delete
  8. Nice info. Tapi nmpak macam dalam je.. setakat mana had utk bermandi bg dewasa yg taktahu sgt berenang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tidak pandai berenang, dinasihatkan mandi di tempat yang mampu tenggelam sampai ke tekuk sahaja. Lagipun, lata ini seolah berada di Beach, cuma lokasinya di dalam hutan.

      Lata ini juga terkenal dgn kes kematian. Saya sendiri yang pandai berenang pun cuma berendam sahaja di lata ni ambik view

      Delete
  9. assalamualaikum saya nak bertanya sikit !! kalau motor boleh bawak masuk sampai mana sahaja ? kerana saya akan bermalam di sana .. boleh tolong jelaskan .. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Jika ikut picture yang saya bagi, selepas jambatan ada laluan 4x4. Jika naik motor dan tahu track 4x4 rasanya x de masalah nak guna motor (jika cuaca tak hujan). Normally yang dtg sini rata² nya naik kete (utk bermalam) dan nak motor (daytrip)

      Delete
  10. Bole parking kereta hingga di sign board welcome ti lata hammer tu ke. Tak brp clear la

    ReplyDelete
    Replies
    1. pun boleh park di situ, tapi sebaiknya jangan park pasal sukarkan laluan orang nak pergi balik ke kebun pasal jalan x berapa besar dan sukar nak reverse jika dah park.

      Delete

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib