Jalan Keliling Dunia!

Mendaki Gunung!

PENANG

Kolam Pak Satan, Pulau Pinang 2015


Klik sini ke Kolam Pak Satan

Tiket Masuk : Seikhlas kerana kawasan kebun dan dijaga rapi

Semasa cuti sekolah awal tahun, saya pergi ke Pulau Pinang untuk berjumpa anak saya, Danish. Semua anak² sedara mendesak ajak mandi, ada yang suggest ke pool, waterfall tapi emaknya tak tahu sangat kecuali lokasi yang jauh seperti Kedah, ada juga yang suggest Kolam Pak Satan.

1st time dengar nama kolam ni, saya rasa macam kelakar lak .. tp kalu dah banyak mengembara, tak lah rasa terkejut sangat. Hati & minda kene sentiasa terbuka kan? mcm berdepan dengan programming dan technology yg sentiasa update.

Jommmm... kali ini, saya bawa kalian ke Kolam Pak Satan .. 

SJ-4000 (clone) : Jalan ke Kolam naik atas ke sebelah kanan
Laluan ke kolam ini agak kecil, saya tak boleh bayangkan jika kereta bertembung semasa laluan. Hanya satu kereta sahaja muat .. oleh itu saya sangat suggest guna motorbike ke laluan ini.

SJ-4000 (clone) : Laluan ke Kolam Pak Satan
SJ-4000 (clone) : Monument/Bangunan yang 1st akan berjumpa adalah temple (tokong buddha) - sebelah kanan
SJ-4000 (clone) : Tokong Buddha
Ini lah laluan yang saya katakan, sangat sempit .. tak boleh nak bayangkan bagaimana jika dua kereta bertembung .. hahaha .. sigh!
SJ-4000 (clone) : Laluan yang sempit
Yang paling best sekali, terpaksa lalui satu kawasan parking .. hahaha .. yang ini RARE!! Ini je laluan yang ada .. tapi masih tiada masalah jika nak masuk guna kereta ke apa .. 
SJ-4000 (clone) : Lalui kawasan parking sebuah rumah
SJ-4000 (clone) : Lepasi kawasan parking
SJ-4000 (clone) : Perjalanan diteruskan
Kawasan parking yang luas, masa saya survey, kata mereka .. pada sebelah t/hari ramai yang datang. Memang kawasan ni terpencil tetapi masih menjadi tumpuan orang ramai
SJ-4000 (clone) : Parking dulu
Kolam Pak Satan terbahagi kepada 2 bahagian. 

Bahagian Bawah terdapat dua kolam untuk kanak² dan sebelahnya kolam dewasa yang agak dalam jika ke bahagian hujung. Airnya lebih dingin kerana tertutup

Bahagian Atas pula hanya terdapat satu kolam, tetapi lebih luas dan tidak sedalam kolam dewasa kat bawah tadi. Airnya tidak lah dingin sangat kerana 'open air'

SJ-4000 (clone) : Danish possing cute!
SJ-4000 (clone) : Suasana dan Keluasan Kolam Atas
SJ-4000 (clone) : Kolam Bahagian Atas
SJ-4000 (clone) : Danish main air
SJ-4000 (clone) : Simbahan dari Danish
SJ-4000 (clone) : Macam biasa, bebudak suka lompat terus ke kolam
SJ-4000 (clone) : Masih dengan air
Sebenarnya, kalu sebut kolam .. memang tidak sesuai untuk membuat aktiviti lompat melompat kerana dah la tak begitu dalam dan agak bahaya. Tetapi depend pada skills masing²
SJ-4000 (clone) : Angah dengan lompatannya
SJ-4000 (clone) : Tempias lompatan
SJ-4000 (clone) : Lompatan lagi
SJ-4000 (clone) : Selfie bawah air
SJ-4000 (clone) : Selfie lagi
Akhirnya kami pulang dengan gembira sekali, .. dua kali berturut² juga kami datang ke sini. Yang penting, anak dan anak sedara saya happy semua ..
SJ-4000 (clone) : Perjalanan pulang
"Buatlah orang lain gembira, maka Allah akan mengembirakan kita dengan perkara yang tidak disangka-sangka" Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib