Jalan Keliling Dunia!

Mendaki Gunung!

SABAHSELANGORtravel

Lata Lapoh, Hulu Langat 2016



Canon 70D : Real View Lata Waterfall

As Salam,

Kali ini kami pergi ke Lata Lapoh, Selangor.


Google Map ke Lata Lepoh

Tiket Masuk : RM 5 per car

Pagi tu, kami breakfast dulu di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah yang terletak di Batu 14. Banyak juga kedai makan kat sini, .. pada sebelah kanan Masjid, ada kedai makan sambil tunggu member yang lain. Saya terperasan seorang pakcik seolah sedang mengira sesuatu menggunakan daun terup. Ini seolah seperti menilik nasib .. 

Apa pun dengan kedudukan yang agak gelap, ada pengadang kayu .. agak menarik juga untuk diambil gambar :

Canon 70D : Mengira nombor pada daun terup
Yang penting pasti ada ilmu yang boleh dipelajari jika duduk satu meja kot .. hahaha .. x pasti!

Canon 70D : Pintu masuk

Masa sampai, ada pakcik-pakcik yang ditugaskan menjaga parking. Ikut je arahan mencari slot yang kosong. Tempat parking pula berhampiran dengan chalet/resort/pondok kecik yang agak ketara banyak juga bilangannya. Pepagi pun dah ramai orang mandi mandi .. 
Canon 70D : Kanak2x bermain air
Kami memulakan pendakian bermula 9:54 am,  sampai ke puncak 10:53 am

Duration : 1 jam 
Canon 70D : Tok Rimau possing

Canon 70D : The Bridge
Canon 70D : Laluan sungai ke Lata
Canon 70D : View Waterfall
View waterfall masa sampai ..
Canon 70D : Real View Lata Waterfall
Sejuknya sampai ke tulang .. airnya seperti memicit2x bahu belakang belikat .. sejuk!
AT 300 : Mandi betul2x bawah waterfall
Pada bahagian atas waterfall tu ada kolam kecil .. boleh la layan-layan view. Gelongsor sliding masuk dalam kolam tu sebelum mencuba yang real punya .. Hahaha .. 
AT 300 : Top Level ada kolam kecil
Ini lah rupa jika nak sliding .. agak tinggi juga .. Hahaha ..
AT 300 : View nak sliding macam ni la tingginya hahaha ..
Ajak member naik tempat yang tinggi untuk explore waterfall ni pada bahagian atas .. mesti ada sesuatu menarik yang tersembunyi
AT 300 : View dari sudut lain
Air pada longkang .. memang bercita-cita nak cross je longkang yang dalam ni, tapi bila tengok view nak naik balik, macam tak ada .. so kene cancel .. lgpun dalam hutan jika apa-apa berlaku, siapa yang tahu?

Lagipun masa ni saya seorang je ..
AT 300 : Bahagian atas Level 2 
Air dan longkang yang dalam .. jika yakin boleh je cross tapi kalu tak yakin .. takut jatuh ke bawah terus, lagipun tak tau licin batu kat bawah dan kederasan air. Tapi tengok batu2x macam ada kesan boleh turun je .. Hmmm ..
AT 300 : Longkang kecil pada Level 2
Kerana merekalah saya sampai ke tempat atas ni .. rasanya atas lagi pun masih ada lagi view yang cantik jika diterokai lagi ..
AT 300 : View pada Level 3
View daripada tempat tinggi .. bayangkan kalu jatuh memang tak terjatuh pasal longkang sangat sempit. Mungkin melekat antara tebing je ..
AT300 : View pada Level 3
Memang banyak kali pergi waterfall dan sliding .. tp sliding kat Lata Lapoh ni lain sikit .. hahaha .. cepat letih pasal jerit2x .. Hahaha .. letih lapor dahaga .. video x recording .. macam2x la .. 

Rindu pun ada ingat masa ni .. adoi !!
AT 300 : 4th Sliding
AT 300 : 1st Sliding
AT 300 : 1st Sliding
AT 300 : 1st Sliding
Bila kira semula video yang direkodkan, kita orang lakukan sebanyak 4 kali sliding .. Sliding yang ke 4 adalah yang terpanjang. Habis orang kat situ kita orang ajak main sliding .. moment bila buat 'train' ni lain pasal semuanya uncontrol .. Hahaha ..
AT 300 : 4th Sliding

AT 300 : 4th Sliding
**add 2 video sliding on attached on youtube here

Masa sampai ke kereta, kita orang mandi semula dari sumber air yang ada .. sambil berendam tengok location pondok guest ni macam menarik lak. Bila shoot mmg menarik sungguh view dia .. 


Canon 70D : View Sg. Congkak

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib