Jalan Keliling Dunia!

Mendaki Gunung!

PAHANG

CSR Pulau Tioman, Pahang Part 1



Google Map Pulau Tioman

Tempoh Perjalanan : 4 jam 30 (tidak termasuk 2 bas dan VIP yang memang boleh jangkau hampir 7 jam)

Trip kali ini adalah pergi ke Pulau Tioman, Pahang bersama-sama dgn Bank Muamalat. Seramai 72 terlibat dalam program ini. 

Maaf dah lama tak sentuh blog selepas dapat baby, banyak benda terskip.

Berikut adalah tentatif program : 




Mana tau, ko org nak copy tentative program lepas ni ke Tioman Island, boleh la copy ke tempat yang dituju ni.

27 Julai 2017 :

Bertolak dari Putrajaya pada pukul 12.00am ke jeti Tanjung Gemuk, Pahang 





https://goo.gl/maps/aoHgE3jah732


Kami berhenti solat di sini selepas perjalanan yang memakan masa yang lama kerana banyak berhenti di RnR Seremban, RnR Ayer Keroh & RnR Pagoh. Ko org bayangkanlah seksanya berada lama dalam bas.

Dah lah lama tak travel selepas dpt baby .. kekok dan knowledge tidur dlm bas pun dah byk hilang. Huhuhuuuuu ..


28 Julai 2017 :



Selfie jap selepas solat subuh
Member saya bagitau kan, kawasan yang kita orang singgah itu kiri kanan hanya kelapa sawit je. Jalan Kluang - Mersing ni adalah kawasan bunian. Betul ke? Wallahualam ..


1½  jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju.


Bergambar selepas makan


Nasi Lemak + Udang
Harga Nasi Lemak + Air Milo Panas = RM13 (Udang seekor RM4)

Selepas ½ jam lagi perjalanan daripada tempat breakfast tadi, akhirnya kami sampai ke Jati Tanjung Gemuk, Pahang.
Jeti Tanjung Gemuk, Pahang
Oleh kerana datang rombongan, saya tidak alert sangat harga tiket bagai. Tapi info pasal tiket boleh dpt kat blog ni :

http://abubakarmuhamadrom.blogspot.my/2015/06/perjalanan-kuala-lumpur-ke-tanjung.html#!/2015/06/perjalanan-kuala-lumpur-ke-tanjung.html

Ferry yang kita orang naik ni agak besar juga, perlahan dan ramai sgt penumpang boleh masuk :


View Belakang

View Depan


Crowded ambik rombongan kita org je guna mini bus
Aktiviti 1 : Telematch, Kayak & Sunset View

Petangnya, kita orang ada aktiviti Telematch :

1. Tarik tali
2. Jalan ramai2x atas kayu
3. Belon air
4. Bawa bola 4 biji (2 biji celah ketiak, 1 biji kat dagu dan 1 biji kat kelangkang)
5. Pusing 7 kali dan berlari










Berkayak pula lepas tu





 Sebelah malam tak der aktiviti, .. semua buat hal masing-masing


View magrhib di Tioman Island

CSR Pulau Tioman, Pahang Part 1
CSR Pulau Tioman, Pahang Part 2
CSR Pulau Tioman, Pahang Part 3

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib