Jalan Keliling Dunia!

Mendaki Gunung!

SUBALI 2015 | Surabaya to Bali, Indonesia. Day 1


Klik di sini untuk MAP DAY 1
Rajah diatas adalah rujukan pantas perjalanan selama 6 hari. Sila tekan Day 1 - 6 untuk lebih lanjut



As Salam semua,

Alhamdulillah .. misi SUBALI 2015 akhirnya berakhir seperti yang dirancang. Perjalanan ini mengambil masa selama 6 hari bermula daripada Surabaya ke Bali. 

Masa sampai di Juanda Airport, perjalanan seterusnya adalah ke Gubeng Train Station. Apa yang kami lakukan adalah :
  1. Dapatkan harga yang ditawarkan oleh perkhidmatan teksi yang disediakan di dalam Airport
  2. Cuba compare dengan harga yang ditawarkan oleh supir di luar bangunan Airport

Klik di sini untuk MAP KE GUBENG TRAIN STATION

Boleh hubungi nombor supir dibawah untuk mendapatkan service murah :
Supir Adi 
Harga Teksi : IDR 150k
Harga Supir : IDR 130k

Apabila sampai di Gubeng Train Station, apa yang kami lakukan adalah :
  1. Dapatkan capaian kiosk (hanya sebuah PC lama dengan printer) yang disediakan
  2. Masukkan Code Booking (rujuk rajah dibawah)
  3. Print (rujuk rajah dibawah)

Tiket print daripada Ticket.com
Tiket selepas di lakukan chekin

TIPS : Berikut adalah maklumat untuk booking tiket daripada Tiket.com
  1. Dapatkan destinasi pada Ticket.com (Train Indonesia online)
  2. Pembelian online boleh dilakukan pada 3 bulan terawal 
  3. Pembayaran adalah secara credit card
  4. Dapatkan nombor Code Booking untuk rujukan
Tindakan seterusnya adalah untuk membeli local sim card utk contact dengan dealer sewa motor & capaian internet untuk GPS. Masalahnya tiada kedai berdekatan yang menjual sim card .. Adoiiii ... banyak masa habis di sini sahaja.

Bila tanya orang, ramai yang bagi cadangan untuk jalan kaki sahaja daripada Gubeng Station tadi untuk membeli sim card. Masalahnya tak begitu yakin dengan enviroment, kami mengambil keputusan dengan naiki beca, bila sampai je kat kedai .. alahaiiii .. dekat bangat!!!


Klik di sini untuk MAP KE KEDAI SIM CARD

Kedai nak beli sim card betul-betul sebelah masjid ..

Kedai nak beli sim card
Saya menggunakan Sim Card Kartu Perdana, masuk hutan keluar hutan semua ada line converage .. mmg superb mcm CELCOM di Malaysia la .. suggest to u using this SIM at BALI.
Sim Card Kartu Perdana 

Member saya guna sim card SIMPATI, coverage dia kurang .. banyak kali kene pinjam jap coverage Kartu Perdana (pic atas)
Sim Card SimPATI

Harga Beca : IDR 22k
Harga Sim Card : IDR 17k
Harga Topup : IDR 50k


Jejak kaki di Surabaya sangat lapar, .. benda yg 1st saya beli adalah kacang rebus .. tp di Indonesia kacangnya dijual secara masih bertangkai. Unique .. Rasanya kurang garam .. bila makan dengan banyak, .. mmg rasa best .. hati dah mula jatuh cinta kat Indonesia sikit² .. tapi masih terlalu awal lg kan?

Kacang Tanah di Indonesia


Harga 2 Ikat Kacang : IDR 5k

Apabila selesai sim card baru + top tenet, kami mula contact dengan dealer untuk mendapatkan motor sewa. Kebetulan hari ini adalah Jumaat, maka kena tunggu selepas solat Jumaat selesai

Sambil tu kita org mkn dulu nasi ayam penyet sebelah Surau An-Nur. Lokasinya sebelah kanan .. rasanya sgt sgt sedap .. sambal dia superbbb ... dan 1st time minum air Teh Sorso ..

Minum air Teh Sosro ni kan rasanya mcm bau badan lelaki pakcik-pakcik .. hahaha .. tp sgt best!!

Nasi ayam penyet

Teh Sosro

Harga Makan : IDR 18k 


Dealer sewa motor sampai selepas waktu solat Jumaat. Payment terus dibuat disitu juga. Kad Pengenalan juga turut diserahkan sebagai jaminan terhadap motor tadi .. sighhh ..

Resit sewa motor
Sekiranya ingin sewa motor di Surabaya boleh hubungi nombor berikut : +623170711117 atau +6285733311117 (boleh semak pada resit pembelian diatas)

Harga Motor : IDR 125k  per day
Harga Minyak Motor : IDR 16k

Next destination is Bebek Sinjayyyy ... katanya kat sini glamour dengan Itik Penyet .. jom kita jalan-jalan cari makan ..



Saya lupa nak ambil gambar/view pemandangan merentasi laut .. mmg best juga view dari bridge. Ini 1st time saya ke oversea, so banyak saya kene belajar terutamanya cara nak ambil gambar, hilangkan perasaan malu, kene banyak bercakap w/pun tak pandai .. Insyallah .. sy akan menjadi blogger yg t'baik suatu hari nanti. Insyallah ..

Nasi Bebek Sinjay

Saya perasan, local people tak makan di gerai tapi ramai yang tapau

Harga Nasi Bebek Sinjay : IDR 22k

Perut dah kenyang, makan non stop .. sekarang kami mula ikut schedule untuk visit tempat-tempat yang patut dilawati :

1. Stadium Gelora 10 November - Singgah untuk mengenang tragedi 10 November. Kebetulan member nak singgah pasal nak beli jersi .. tapi tak de yg berkenan

2. Masjid Cheng Ho - Just lalu jer .. ingat nak berhenti solat, tetapi rupanya depan masjid adalah court utk basket ball. So masjid tu hanyalah nama sahaja. Sedih gak la hati .. ingat dari jauh nak dtg ..  

3. Tugu Pahlawan

Tugu Pahawan

Monumen Tugu Pahlawan

Pintu Masuk
4. Kya kya (Chinese Town di Surabaya)


Kya kya

Menjelang maghrib, member ajak ke satu tempat untuk makan satey kambing. Dibawah adalah location ke tempat makan, kebanyakan kedai makan pada waktu malam beroperasi bermula Maghrib dan terletak di kaki lima bangunan. Biasanya beroperasi bermula maghrib - pagi.


Klik di sini untuk MAP KEDAI MAKAN SATEY 

Cara satey kambing disini agak berlainan dengan Semenanjung. Ianya digaul di dalam sos kicap yang sudah diletak rempah yang sesuai untuk satey seperti serai. Saya ada cuit sikit masuk ke mulut rempahnya tapi tak boleh nak agak apa bahan yang diletakkan kerana rasa minyak pada rempah menutupi segala rasa rempah.

Saya kalu bab makan, memang tak malu .. hahaha .. sigh ..

Ready nak bakar

Satey Kambing dan Ayam selepas dibakar

Makan dengan kelapa goreng
Harga Satey : IDR ***k


5. Monumen Kapal Selam - cuma parking motor di sini, kemudian berjalan kaki sahaja untuk ke monumen Surabaya


Monumen Kapal Selam


Dekat monumen .. apa nama benda ni?
6. Monumen Surabaya - Surabaya tu adalah gambungan nama antara Ikan Yu dan Buaya .. rasanya competition pic kat bawah ni, siapa yg menang ye? sampai hari ini masih t'fikir .. 




Harga Parking : IDR 2k

Malamnya, kita org return semula ke kedai makan sebelah Surau An - Nur. Perkena Soda Gembira dulu .. soda di Indonesia ini rasanya lain. Suggest kat ko org juga jika dtg ke sini ..

Soda Bandung versi Surabaya

Pukul 8 mlm, kita org dah checkin untuk tunggu train Mutiara Timur seperti tiket dibawah :

Tiket train
Harga Tiket : IDR 170k




Mmg beli tiket untuk eksekutif, .. mlm nya dpt selimut. Best tido malam tu ..

Dalam train dapat selimut

Selamat malam semua ..


Catatan SUBALI 2015 TOUR :

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib