Jalan Keliling Dunia!

Mendaki Gunung!

SUBALI 2015 | Surabaya to Bali, Indonesia. Day 2


Klik untuk melihat MAP DAY 2
Rajah diatas adalah rujukan pantas perjalanan selama 6 hari. Sila tekan Day 1 - 6 untuk lebih lanjut


As Salam semua,

Hari ini kili akan bercerita pula mengenai perjalanan hari ke 2, di Surabaya Indonesia.

Semasa sampai di Banyuwangi Baru Train Station, kami cuma berjalan mencari masjid berdekatan berdasarkan bunyi bacaan Al-Quran daripada speaker untuk mandi dan subuh. Bila cuaca agak cerah sedikit, rupanya masjid yang kami lawati adalah sangat indah sekali .. 

Masjid Abnais Sabil / Masjid Ijo
Berikut adalah direction perjalanan kami dari Stesen ke Masjid berdekatan

Map dari Stesen ke Masjid berdekatan

Selepas solat dan bersihkan diri, kemudian kami berjalan ke Jeti Ketapang untuk membeli tiket. Sebenarnya mengikut perancangan asal :

Pelabuhan Ketapang ► Pelabuhan Gilimanuk ► Ke Stesen Bus berdekatan ► Naik Bas ke Denpasar, tetapi semasa membeli tiket di kaunter, ada supir offer direct ke Denpasar dengan menaiki Bus sahaja. Rupanya dalam feri tadi boleh dikatakan telah ready bus .. mungkin based on luck kita org masa tu .. 

Membeli tiket dan direction ke Jeti Ketapang
Berikut adalah tiket untuk menaiki feri daripada Pelabuhan Ketapang ke Gilimanuk

Tiket Feri 

Harga Tiket Feri : IDR 7.5k
Harga Bus : IDR 75k

Berikut adalah direction daripada Masjid ke Pelabuhan berdekatan untuk membeli tiket



View daripada feri. Ada banyak bus dan lori dan feri ni .. bole pilih .. pilih pilih pilih .. 

View daripada feri
Daripada jauh lagi, sudah nampak dewa dewi di Daratan Bali, .. hati mmg tak sabar nak tengok dengan lebih dekat. Sepanjang hidup saya, tak pernah tengok benda yg berseni mcm ni. Wpun member saya marah dengan pandangan saya, tetapi tak salah biarkan saya hidup dlm dunia sendiri buat seketika. Hahaha .. mcm kat Dunia Mistik pun ada .. best!!
Salah satu Dewa di Gilimanuk
Apa yang boleh dipelajari di sini, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Daripada Dunia Surabaya di mana kuat agamanya terhadap Islam, kemudian selepas menjelajah ke Dunia Bali, terasa sangat berbeda sekali .. sukar di ungkapkan. Tak salah kalu ko org yg membaca blog ini bole tiru pengalaman jelajah ini dan berkongsi pengalaman masing-masing.

Namun, cerah tidak sampai ke petang. Semasa di dalam Bus perjalanan ke Denpasar, tiba-tiba ada supir yang lain naik dan mengatakan Bus tersebut tidak ke Denpasar, kene transit untuk ke next direction. Saya memang tidak begitu faham dengan Bahasa Indonesia cuma ikut perintah, turun dari Bus .. w/pun pd awalnya telah dimaklumkan Bus tersebut akan ke Denpasar. Kawan saya pada masa yang sama tido lena, terpinga² & tak tahu hujung pengkal .. hahaha .. Big mistake!!

Masalahnya, driver bus pun setuju dgn statment supir tadi. Sebenarnya, inilah mainan dia org terhadap org luar .. sigh .. 

Sepatutnya duduk je dalam bus dan tido mcm biasa .. 

Harga Van Sapu : IDR 75k

Check in di Hotel berdekatan dengan Kuta. Kami memilih Pondok Krishna Poppies. Hotel ini hanya menyediakan breakfast sahaja setiap hari.

Card Pondok Krishna
Resit Pondok Krishna :
Resit Hotel
Harga Hotel : IDR 250k x 4 malam = IDR 1 juta


Apabila selesai check in, tindakan seterusnya adalah mendapatkan motor sewa. Kami cuma deal dengan penjaga kaunter hotel sahaja untuk mendapatkan motor. 

Resit sewa motor di Kuta

Harga Sewa Motor : IDR 60k x 4 hari = IDR 240k

Perjalanan seterusnya adalah ke Uluwatu Temple

Seingat saya, semasa open GPS bermula dari Kuta, perjalanan ke Uluwatu mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih juga. Wpun jarak tak begitu jauh, tetapi bila merangkumi muka bumi dan crowded .. yang dekat pun boleh jadi jauh. Next time saya akan snap setiap kali open GPS. Ni 1st time travel ke oversea

Tiket nak masuk ke Uluwatu Temple :

Tiket masuk ke Uluwatu

Harga Tiket Uluwatu : IDR 20k


Akhirnya tercapai juga hasrat hati nak tengok kecak dance secara LIVE, .. selama ni asyik di Youtube jer .. satu pengalaman baru dan puas. Menghayati watak dan culture segala mala la .. hahaha .. best!!



Harga Tiket Kecak Dance : IDR 100k

Berikut adalah salah satu watak di dalam tarian Kecak ini. 
Kecak Dance
Sebenarnya, sebelum memulakan tarian ini. Saya dah rasa sesak nafas .. cepat² baca ayat suci dalam hati .. semangat kena kuat. Tapi hati mmg nak tonton juga .. hahaha .. 

Pending :

1. Snap video makan roti canai
2. Snap view dlm train
3. View di Uluwatu Temple


Catatan SUBALI 2015 TOUR :

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib