Klik di untuk
MAP DAY 3
Rajah diatas adalah rujukan pantas perjalanan selama 6 hari. Sila tekan Day 1 - 6 untuk lebih lanjut
As Salam semua,
Sebenarnya hari ke 3 di Bali adalah lebih padat drpd hari² sebelumnya. Selepas solat subuh, kita org terus shoot pergi ke Sambangan. Perjalanan kali ini ke :
1. Air Terjun Aling-Aling, Sambangan - Mengikut GPS dibawah, perjalan dari Kuta ► Sambangan mengambil masa 2 jam setengah. 1st time di Indonesia, mmg mengelirukan kerana range perjalanan tidak begitu jauh tetapi masa yang ditetapkan seperti 150km di Malaysia. Faktor rupa bumi dan crowded diambil kira.
|
Map Kuta ke Sambangan |
Mengikut perancangan asal, kami cuma ingin ke
Gigit Waterfall jer tetapi aktiviti di
Aling-aling Waterfall lagi best. Superbbb!!!
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di
Aling-Aling Waterfall :
- Sliding
- Jump 5 meter
- Jump 10 meter
- Jump 15 meter
Semasa dalam perjalanan, kami singgah di Pasar Jalan Kebun Bunga. Sarapan pagi saya cuma kacang tanah dan Buah Susu/Markisa. Masalahnya, sehingga ke hari ini, saya masih lagi teringat kesedapan Buah Susu/Markisa di Bali. Rasanya superrrrbbbb !!!
|
Kacang Tanah dan Buah Susu/Markisa Bali
|
Map di bawah adalah ke Pasar dalam perjalanan ke Sambangan, namun pasar tersebut sangat dekat dengan Pura Danau Bratan.
|
Map ke Pasar Jalan Kebun Raya |
Ini adalah salah satu view perkampungan di tepi gunung semasa perjalanan ke
Sambangan.
|
Salah satu perkampungan di tepi gunung |
Kami teruskan lagi perjalanan ke
Sambangan, jalan ke Utara Bali mmg sangat mencabar dan berliku², .. sampaikan kaki saya sbg pembonceng motor pun rasa lenguh pada lutut kerana sentiasa menurun bukit. Tak pernah seumur hidup saya terasa seksa mcm tu .. hahaha .. mmg pengalaman indah betoiii ...
|
Jalan ke Sambangan |
Kemudian kami sampai ke lokasi untuk membeli tiket. Kedainya betul² di simpang tiga seperti map dibawah :
|
Beli Tiket ke Aling-Aling Waterfall |
Kami datang sendiri ke kaunter yang menyediakan guide ke
Aling-Aling Waterfall. Nnt guide akan bawa ke tempat yang dituju.
|
Map untuk membeli Tiket ke Aling-Aling Waterfall |
Tiket ke Aling-Aling Waterfall :
|
Tiket ke Aling-Aling Waterfall
|
Harga Tiket : IDR 75k
Harga Parkir : IDR 2k
Aktiviti 1 & 2 : Sliding and Jump for 5 meter
|
Aling-Aling Waterfall for Sliding |
Aktiviti 3 : Jump for 10 meter
Aktiviti 4 : Jump for 15 meter
Inilah Aling-Aling Waterfall, .. ianya merupakan tempat suci dan tidak boleh mandi manda. Jarak antara tempat aktiviti jump dgn sliding cuma 2 minit sahaja berjalan kaki. Tapi jika nak datang lebih dekat untuk cuci muka, tangan, ambil gambar tiada masalah
|
Aling-Aling Waterfall |
2. Pura Ulun Danau Bratan - Berikut adalah pura yang menjadi pilihan kerana dekat dengan destinasi dan antara yang terkenal.
Tiket masuk ke Pura Ulun Danau Beratan
|
Tiket masuk ke Pura Ulun Danau Beratan |
Harga Tiket : IDR 10k
Harga Parkir : IDR 2k
Ini pula adalah view di Pura Ulun Danau Beratan :
|
Pura Ulun Danau Beratan view |
Apa yang menarik di sini selain Pura dan Gunung, buat pertama kali saya melihat sendiri anjing mengawan cuma membelakangi each others. Hebat kan? mesti ko org x pernah tgk .. hahaha
3. Tanah Lot - Oleh kerana masa masih lagi awal, kami bergerak terus ke Tanah Lot untuk menikmati view sunset.
|
Map daripada Pura Ulun Danau Bratan ke Tanah Lot |
Tiket untuk masuk ke Tanah Lot :
|
Tiket Tanah Lot |
Harga Tiket Tanah Lot : IDR 10k
Harga Parkir : IDR 2k
Ini pula adalah pintu masuk ke Tanah Lot.
|
Pintu masuk ke Tanah Lot
|
dan pemandangan Tanah Lot ..
|
Tanah Lot view |
.. sejujurnya menikmati sunset di Tanah Lot buatkan rasa amazing world .. romantik tempat ni. Tak rugi bawa partner untuk menikmati keindahan alam dan menjadi nostalgia dalam hidup.
|
Tanah Lot view other side |
Akhirnya menjelang maghrib, kami return ke Kuta, tapi sebelum itu kami dinner di kaki 5 sebelum pulang. Agak banyak juga kedai makan halal di area seperti g/rajah dibawah :
|
Map ke Kuta untuk Dinner |
Saya share location untuk mendapatkan kedai makan halal di Kuta. Agak banyak juga kedai makan sepanjang perjalanan di sini. Harganya murah sekiranya pandai berbahasa Indonesia (at least)
|
Kedai makan HALALsepanjang 2.4 km |
Catatan
SUBALI 2015 TOUR :
No comments:
Post a Comment