Jalan Keliling Dunia!

Mendaki Gunung!

INDONESIA

Yogyakarta 2017 Part 1





Google Maps : https://goo.gl/maps/hBD6BoRQKr92

24 Ogos 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kali ini trip Kili ke Jogja, Indonesia. Trip kali ini hanya mengambil masa selama 3 hari sahaja. Kesian kat baby Kili, Uwais kene tinggal di Taska sampai 7.30 pm untuk tempoh 2 hari pasal wify balik keje lambat. Cepatlah membesar Uwais dan kita pergi travel sesama nanti. Amin ..

Perjalanan Airport KLIA - Airport Jogja : 1 1/2 jam
Harga Tiket (return) : RM 361.90 (bukan PROMO)

Trip kali ni, memang sengaja Kili biarkan perut kosong sepanjang perjalanan. Memang nak isi perut dengan makanan Indonesia je selepas ni. Lagipun Jogja adalah kawasan Muslim, oleh itu, pasti tiada masalah perihal makanan. Masalah kali ni, flight ke Jogja delay 2 jam, .. so plan dah berubah, sampai je airport x kan singgah hotel, bawa barang² sekali ke destinasi yang dituju.

Ini adalah view daripada pandangan atas untuk sampai ke Airport Jogja. Flight kami berlegar sebanyak 7 kali kerana mungkin masalah teknikal di Airport. Sekali pandang, seolah Jogja mengalami musim kemarau .. 

Sedihnya, .. trip Kili ke Bali, Thailand & Jogja semuanya musim kemarau huhuhu .. 
Zenfone 2 : View atas tepi laut Jogja
Apabila terdapat announcement daripada pilot untuk mendarat, .. barulah flight lalu kawasan bandar. Memang padat Bandar Jogja ni, ..
Zenfone 2 : Bandar Jogja

Akhirnya berjaya juga mendarat di Jogja Airport selepas 7 kali berlegar sebelum mendarat. Grrr ..

Zenfone 2 : Adisutjipto International Airport
Airport ini sedang dalam proses renovation, tetapi dalam masa yang sama dengar macam Airport baru akan dibuka di Jogja (Bandara) dan mungkin airport ini tidak lagi beroperasi. Tak pastilah .. mana mungkin satu tempat ada 2 airport kan?
Zenfone 2 : Renovation Progress
Lagi satu kan, .. hahaha .. boleh tahan juga jauhnya jalan kaki turun flight ke airport, mujur flight kita orang antara yang terdekat untuk sesi berjalan ni. That why kot airport baru akan dibina atas sebab space kot? ..

Zenfone 2 : Berjalan ke Airport
Kili perkenalkan supir Mas Juri, pemalu orangnyer .. x banyak cakap, tapi cekap bab jalan di Jogja ni

Zenfone 2 : Bersama Supir Mas Juri

Supir Mas Juri : +62 857 2931 3668
Harga Sehari : RP 450,000 (RM143)


Mcm Kili kata tadi, bila sampai je .. perut dah masuk angin pasal lama sangat atas flight. So kita orang pergi cari makan² dulu area airport. Kita orang x lah pilih restoran, tapi memadai kedai² makan tepi jalan pun dah cukup


MAKAN TENGAH HARI

Perihal nak cari makan kat Jogja? usah risau .. terlalu banyak gerai-gerai makanan sepanjang jalan di sini. Tak susah macam kat Bali. Boleh pilih nak makan kat mana, restoran, gerai biasa, tepi jalan ..

Kami pilih gerai ni pasal kawan saya nak cuba rasa Sup Sapi (Sup Daging Lembu).


Gerai Makan

Kami cuma pilih gerai biasa jer untuk makan t/hari. Yang penting HALAL & MURAH!

Owner Kedai
Masalahnya kan, .. oleh kerana terlalu lapar sangat, sampai lupa nak ambil gambar menu makanan. Bila check balik gambar, tak ada pun gambar makanan yang kita orang makan .. huhuhu ..  Lagi pun 1st time pakai supir, terlalu banyak persoalan kat benak.

Dia makan, kita bayar ke?
Kenapa dia makan jauh dgn kita org? dia malu ke? 
Betul ke cara saya makan kepek ni? apa rasa dia? sedap ke? 
Supir makan atas meja, kita org makan bersila. Mesti dia pelik tengok kita org

Pendek kata .. lapar + terlalu banyak persoalan!!

Menu yang Kili order mestilah Nasi Ayam Penyet!! Hahaha .. kerana rindu rindu rindu rindu sangat sambal ayam penyet version Indonesia. Puas hati makan .. TQ Allah
Senarai Harga

LOKASI 1 : CANDI PRAMBANAN

Kemudian lepas semuanya kenyang, kami pun bertolak ke Candi Prambanan. Jarak antara airport ke Candi Prambanan cuma mengambil masa 15 minit sahaja. Ikut plan asal nak ke Candi Borobudur terlebih dahulu, tetapi masa flight dah delay 2 jam, so .. schedule have change!

At least bila supir bagitau jarak cuma ambik masa 15 minit aje, .. so kita org santai je mkn t/hari tadi .. hahaha .. x de apa2x nak kejar pun. Konon lah .. ko org baca lah nanti apa yg berlaku nanti.

Ini adalah pintu masuk ke Candi Prambanan .. nampak x tulisan : SELAMAT DATANG

Pintu Masuk ke Candi Prambanan
.. dan sampai ke kaunter untuk beli tiket. Inilah bangunan nyer!

Kaunter Tiket 
Kaunter ni terbahagi kepada dua bahagian, sebelah kiri untuk Orang Tempatan (local people), sebelah kanan pula untuk orang luar (foreign) ..

Jom kita tengok harga tiket pula!

Harga Tiket Untuk Local People
Harga Tiket Untuk Foreign
Harga Tiket Local People (seorang) : RP 40,000 ~ RM 12.78
Harga Tiket Foreign (seorang) : RP 325,000 ~ RM 103.89


Kan beza tu RM12 dengan RM103 seorang nak masuk ke Candi ni!! Hahaha ..

Lagipun kawan saya bagitau, untuk Local People perlu tunjuk passport untuk masuk. So tak payah nak fikir trick bagai lah .. hahaha .. Memang kebiasaan mana2x tempat under UNESCO memang mahal tiket nak masuk. Mungkin itu cara dia orang nak maintain kawasan yang dijaga

Kili nge kawan beli tiket Candi Prambanan & Candi Borobudur. Biasanya jika beli tiket double macam ni, dapat lagi murah .. murah la sikit! Boleh survey kat Website untuk beli tiket, tapi tak de option nak beli online (setakat ni). Tiket pula boleh dibeli di mana-mana kaunter tiket dimana Candi berada. Usah risau ..



Harga 2 Orang Untuk 2 Candi

Jom kita kira-kira berapa jumlah RM yang akan dihabiskan untuk 2 Candi :

Harga Tiket Foreign (2 orang) : RP 1,040,000RM 332
Harga Tiket Seorang (2 Candi) : RM 332 / 2RM 166
Harga Tiket Seorang (1 Candi) : RM166 / 2 = RM 83

So nampak x? Asalnya harga 1 Candi untuk seorang adalah RM103, so kalu beli dua candi dapat la save dalam RM40 juga.

Kaya kaya kaya .. grrr .. 
Tiket Masuk ke Candi Prambanan & Candi Borobudur

Dari jauh, nampak Candi ni macam tempat berhantu je ..

Tapi sebenarnya Candi ini adalah tempat bersejarah semasa zaman kegemilangan dahulu kala, zaman pemerintahan, zaman peperangan, penyebaran agama Hindu .. semuanya bermula di sini (Kili dengar seorang cleaner bercerita kepada visitor Indonesia). Tapi sekarang Candi ini tidak lagi digunakan lagi kerana penganut agama Hindu sangat sedikit ..

Candi ini pernah runtuh pada 2006 dan usaha pemulihan dijalankan semula. Sebab itu bayaran yang dikenakan oleh foreign sangat sangat sangat mahal .. huhuhu .. Lagipun, ko orang boleh tengok struktur batu Candi ini seolah-oleh disusun satu persatu sahaja, so .. x hairan lah kalu berlaku gempa, candi ini akan runtuh teruk ..

Monumen

Pintu Masuk Candi
View Candi dari luar
History
View Dari Atas
Mesti ko orang terfikir kan, .. apa yang ada dalam candi ni ..


Jom .. Kili bawa ko org masuk ke salah satu candi kat sini ..



Ini dia !! hahaha .. lagi besar candi, lagi besar patung nyer .. itu je bezanya!!

Bahagian luar pula terdapat lukisan-lukisan Hindu .. nampak ada beberapa wajah patung yang tiada kerana runtuhan sebelumnya. Mesti ketika dulu, candi ini sangat mengkagumkan view nyer ..



Masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk membangunkan Candi yang terlibat dalam runtuhan dan dijadikan kawasan perlancongan

Runtuhan Candi Prambanan
Kili sempat selfie dengan DSL .. hahaha .. rare!


Terlalu banyak la gambar untuk dikongsi bersama .. nanti ko org muntah pulak ..

Yogjakarta 2017 Part 1
Yogjakarta 2017 Part 2
Yogjakarta 2017 Part 3

1 comment:

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib