Hotel yang kita orang booking : Istana Batik Ratna
Google Maps : https://goo.gl/maps/C1TfH2aQNjA2
Kalu guna Google Maps, dah nampak harga bagi setiap Hotel. Lagipun kita orang plan nak menginap di Hotel tidak jauh daripada Jalan Maliboro, tempat shopping yang agak meriah pada waktu malam.
Harga Hotel (2N) : RP 760,000 ~ RM 241
Hotel ni ada keistimewaan sendiri, lagipun lokasi dia strategik kerana berhampiran dengan train station (Stasiun)
Pintu masuk ke Hotel |
Bilik Hotel memang superb!! tapi water heater x berfungsi. Hahaha ..
Deco-deco macam kat Tanah Jawa rasanya .. memang pun! |
Time nak mandi, ada pulak mat salleh perempuan tgh mandi .. sad (gambar waktu siang) |
Selepas register bagai, kita orang cari sewa motor untuk makan malam. Kebetulan ada service motor sewa cuma depan hotel je, .. semuanya sangat senang kemudahan kat Hotel ni.
Service Motor |
Hotel yang kita orang duduk |
Antara kemudahan di Jogja |
Selepas deal dengan sewa motor untuk 1 hari, kawan Kili serahkan passport dia sebagai guarantee pada motor :
Harga Sewa Motor (sehari) : RP 90,000 ~ RM 28
Deposit : RP 10,000 ~ RM 3
Yang kelakarnya, .. bila dapat motor kan, x tau nak ke mana? hahaha .. Kili cuma lepas 100% je kat kawan Kili sorang ni nak bawa ke mana pasal dia pun mcm GPS juga. Semua tempat tau, fast learner betoi ..
Kita orang pergi makan Satey Kambing kat sini :
Google Maps : https://goo.gl/maps/yNeRPubjTpR2
Lokasi ini pada siangnya adalah pasar dan waktu malamnya ada santapan untuk sate. Mindset kita sebelum ni, jika tempatnya pasar, pasti berbau, kotor, tikus, bla bla bla .. Jika benar keadaan sedemikian, kenapa ramai orang datang ke tempat ni? rata² seperti bukan orang local .. Usah risau, persekitaran bersih & nyaman
Masa sampai tu, memang ada kambing muda yang dilapah dagingnya. Maksudnya kalu order sate kambing, confirm dapat yang fresh punya. Tapi Kili lupa nak ambik gambar kambing tu, .. pasal segan or tak nak nampak sangat macam orang luar. Risau kene ketuk harga macam kat Bali sebelum ni. Tapi Alhamdulillah .. setakat ini di Jogja, tak pernah kene ketuk harga. Semuanya business jujur ..
Daging Kambing yang baru dilapah dipotong dadu dan dicucuk mengikut pesanan/order |
Sate pula dicucuk dengan besi. Jika diamati betul², itu adalah besi tayar basikal Hahaha .. rare
Sate dibakar macam tempat kita juga, menggunakan arang
Orang ramai pada waktu malam untuk menikamati hidangan sate. Penuh duduk makan sampai ke dalam pasar.
Ini adalah senarai harga kat kedai ni :
Sate Klathak (2 tusuk) : RP 20,000 ~ RM6
Nasi : RM 2,500 ~ RM0.70
Teh Panas : RP 2,500 ~ RM0.70
Ini dia sate kambing untuk hidangan 2 orang. Satey pula dimakan bersama dengan kuah kuning, tapi rasanya sangat sedap w/pun pandangan pertama mesti kuah kacang (di Malaysia) or kicap (Surabaya).
Kita orang makan bersama dengan cabe (lada) dan dimakan seperti ulam. Pedas sikit baru best!!! hahaha ..
Seriously, masa makan sate ni, memang sangat sangat sedap rasanya. W/pun hidangan dia macam tak menyelerakan, sekali ko orang rasa, mesti WIPE OFF semua sate² kat dunia ni. Bagi Kili, ini lah sate yang terbaik setakat ni.
Kalu lah boleh under masa, Kili sanggup habis beratus ringgit semata² makan sate kambing ni je .. huhuhu .. kempunan sampai hari ni, ko org tau x? huhuhu ..
Kita orang lepak kat situ daripada ramai orang, sampai bertukar² orang yang datang makan, sampai lah kita orang yang terakhir kat gerai. Hahaha .. waktu tu dah pukul 12 pm, tapi rasa macam dah 2 pagi. Lagipun, memang Jogja ni 2 jam lebih awal dari Malaysia
Sewaktu pulang ke Hotel, kami singgah dulu ke salah satu kedai batik yang masih beroperasi :
Kedai ini masih lagi beroperasi w/pun dah lewat malam. Ada banyak pakaian² yang menarik, kain pun best² .. tp harga pun sedap juga Hahaha ..
Kili beli Walang Batik untuk suami & isteri dengan hasrat bila kita pakai, isteri pun pakai sekali. Hampeh .. kita je semangat batik.
Harga Batik 1 pasang : RP 200,000 ~ RM63
Yogjakarta 2017 Part 1
Yogjakarta 2017 Part 2
Yogjakarta 2017 Part 3
No comments:
Post a Comment