Jalan Keliling Dunia!

Mendaki Gunung!

Yogyakarta 2017 Part 2

<Google Maps Candi>


LOKASI 2 : CANDI BOROBUDUR

Kami menghabiskan 1 jam 30 minit di Candi Prambanan. Pada jam 3.30 petang, supir akan bawa kami ke Candi Borobudur. Masa daripada Candi Prambanan ke Candi Borobudur sepatutnya selama 1 jam 30 minit juga.

Masalah di Jogja adalah masa waktu malam adalah lebih cepat (cepat 2 jam daripada waktu di Malaysia). Candi Borobudur pula dijadualkan tutup pada 5 petang.

Tapi .. memang tugas Supir untuk memastikan kami sampai pada tempoh waktunya ..

Tiket Candi Borobudur yang telah dibeli tadi juga boleh digunapakai untuk hari esok (sekiranya tidak sempat & perkara ni telah bertanya pada penjaga tiket), tetapi sebaiknya baik habiskan sahaja dalam 1 hari

Masa kita orang sampai ke pintu masuk ke Candi Borobudur, masa tu waktu jam pukul 4.45 petang. Ko org bayangkan lah bagaimana takutnya Kili waktu tu, teruja nak masuk, tp takut x dpt masuk .. hahahaha ..

Ko orang kene ingat ..

Waktu terkakhir masuk ke Candi Borobudur adalah pada pukul 5 pm dan manakala pada pukul 6 pm, candi sepenuhnya akan ditutup. Cuma tunjuk je tiket yang dah dibeli dekat Candi Prambanan dan boleh masuk macam biasa.

Dalam tempoh 1 jam sahaja, bgmana Kili nak uruskan segalanya di Candi Borobudur?

Solution : RUN RUN RUN RUNNNNN !! HUHUHU huhuhu ..

Jogja30
Belari ke Candi Borobudur
Memang ke Candi Borobudur ada menyediakan khidmat bus macam kat Zoo .. tapi masa sangat sangat sangat mencemburui .. Kili rasa kan, masa tu macam jadi photographer mengejar artis je .. hahaha .. gile

Jogja33
Berjalan kaki ke Candi Borobudur
Dari jauh akhirnya nampak juga Candi Borobudur, tapi masih lagi jauh ..

Jogja31
View Candi Borobudur 
Hebatnyer ciptaan Allah .. mesti ko orang tertanya kan apa yang ada kat atas sana .. jom ..


Banyak juga tangga untuk mendaki candi ni, .. tapi tak rasa letih pulak berlari ke atas .. hahaha .. excited beb!!

Jogja34
Tangga ke puncak candi
Ini pula rupa sebenar sebelum masuk ke Candi Borobudur

Jogja35
Pintu Masuk ke Candi Borobudur

Agak menarik juga view sebelah atas candi. Kedudukan candi juga strategik sekali ..

Jogja32
Sunset View di Candi

Jogja36


Jogja37

Candi Borobudur dibahagikan kepada beberapa bahagian utama & setiap bahagian mempunyai lukisan dinding yang berbeza.

Ini pula adalah bahagian paling atas Candi borobudur. Kalu diperhatikan, pada bahagian atas terdapat satu tiang kecil yang lurus, fungsinya untuk elakkan candi terkena panahan petir kerana sebelumnya, candi ini biasa terkena petir & mungkin mengakibatkan kerosakan

Jogja38
Puncak Candi Borobudur
Kebetulan Kili datang sini dah agak lewat petang, siapa sangka memang rezeki boleh dapat view Sunset di Candi Borobudur. Biasanya tengok sunset di pantai je, .. kali ni di candi pun boleh. Ramai juga orang kat sini waktu tu semata-mata nak tengok sunset.

Tapi .. Kili x upload la pic itu semua kat sini, .. kerana ada yang x tutup aurat. Cukuplah menjadi gambar privacy sahaja

Jogja39

Jogja40

Jogja41

Jogja50



Soalan daripada Kili, apa yang ada dalam menara-menara loceng sekitar candi ni?

Di samping pusing-pusing candi, Kili sempat mengikut tourist guide explain pasal candi ni. Kalu di ikutkan, candi ini berada di tempat yang strategik, arah matahari mengikut bulan juga dapat di ukur dengan tempat menggunakan candi ini. Seolah-olah ianya juga merupakan Jam Matahari terbesar suatu ketika dulu bagi membantu golongan petani-petani bagi penanaman padi

Selain itu, yang Kili tak berapa setuju sikit, Tourist Guide ni minta pelancong untuk keliling menara (tawaf) yang besar untuk dapatkan ketenangan/keamanan. Mcm biasa, pelancong yang dtg pun bkn nya ikut sangat kata Tourist Guide tu pasal dia org pun ada agama dia org sendiri, .. kalu betul pun tenang, mesti ramai penduduk kat situ pusing candi je setiap hari .. hahaha

Jogja42
Penarangan oleh pegawai bertugas mengenai Candi Borobudur
Kili selfie dengan barisan candi yang berbentuk loceng ni. Ko org dah tau belum jawapan dia? se fikir sejenak .. Kili mmg style suka buat org berfikir, .. mesti bersebab

Mesti ko org stress kan baca blog ni pasal asyik kene tanya soalan je
Jogja46

Tidak jauh dari lokasi Candi Borobudur, terdapat masjid. Seolah-olah kawasan ini dahulu adalah penganut hindu buddha, namun semuanya dah convert ke Muslim suatu ketika dulu. Candi cuma tinggal candi, tidak lagi beroperasi.

Bertapa hebatnya wali-wali Allah di Indonesia dalam menyebarkan agama Islam. Kili pernah terbaca, wali-wali ini (wali sogo & seangkatan) menyebarkan Islam di Indonesia dan cuma meninggalkan/mengabaikan Kepulauan Bali daripada pengislaman supaya orang berfikir, suatu ketika dahulu, itulah agama asal di Indonesia.

.. tapi kebiasaan orang berfikir, hebat lagi Hindu di Bali sampai Islam pun x boleh masuk ke situ. Sighh ..
Jogja47
Masjid
Kili terpandang ukiran pada dinding candi, .. 
Jogja48

Selepas Zoom In :

Jogja49

Hebat design Candi ni sebenarnya, ..

Jogja52
View Sunset
Ok, .. berbalik kepada soalan tadi, apa yang ada dlm candi berbentuk loceng tadi? mesti ko orang dah boleh agak dah jawapan nyer. Hahaha ..

Jogja43
Add caption
Jogja44

Jogja45


Jogja51

Proses pemulihan Candi Borobudur terus dilaksanakan dari semasa ke semasa secara berperingkat

Jogja53




Jogja61

Kili terbaca, sebanyak 1400 ukiran pada dinding di Candi Borobudur dan kesemuanya tidak sama antara satu sama lain. Ada kisah di sebalik lukisan ini, tapi x pasti boleh percaya ke x .. ko org Google je lah ..

Jogja56

Jogja57

Jogja62

Jogja63

Jogja55

Pada sebelah luar candi pula, bentuknya hampir serupa setiap sudut ..

Jogja58

Jogja59

Jogja60

Jogja54

Ini adalah pintu hadapan Candi Borobudur. Kami semua diarahkan keluar daripada candi selepas pukul 6 petang. Ada security guard lagi .. hebat candi ni.

Kenapa Security Guide disediakan untuk menjaga Candi ini? soalan seterusnya .. hahaha ..

Jogja64

Kili ada bertanya juga security guide yang bertugas kat situ. Kenapa menyediakan Security Guide? Jawapan dia .. untuk keamanan.

Kili tanya pula, .. keamanan daripada apa? keagamaan? Mistik? jeng jeng jeng .. mana la tau ada kes orang hilang menjelang Maghrib ke

Dia bagitau, .. keamanan kerana Candi ini tetap digunakan untuk upacara sembahyang setahun sekali oleh penganut2x Buddha di seluruh Asia.

Berkaitan perkara mistik, dia bagitahu, pernah sekali ada budak hilang tetapi dijumpai semula dalam candi ni. Ada juga terjumpa bayangan putih tapi agak jarang la. Lama juga untuk ambik masa security guide ni nak ambik masa utk bercerita, ..

Berbalik pada soalan tadi, .. cerita di atas bukanlah jawapannya .. jawapannya adalah .. mari kita lewat foto-foto seterusnya :

Jogja65

Jogja66

Jogja67

Jogja68

Jogja69

Entah bagaimana, terlalu banyak kepala-kepala Buddha hilang. Ia sebenarnya dicuri dan dijual dengan harga yang tinggi di pasaran. Lgpun Candi ini sudah lama tidak dijaga, lagi lah banyak yang hilang. Itu tidak termasuk lagi lukisan-lukisan dan patung lain yang dicuri.

Sbb itulah kerja-kerja Security Guard ditugaskan untuk memastikan tiada lagi monumen yang hilang untuk generasi akan datang.

Sebelum pulang ke Hotel, sempat beramah mesra dgn tourist daripada Papua. 1st time Kili ingat dia org ni Negro, .. speaking dengan dia orang tapi rupanya orang Papua. Hahaha .. gua tertipu
Jogja70

Yogjakarta 2017 Part 1
Yogjakarta 2017 Part 2
Yogjakarta 2017 Part 3

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib